LATAR BELAKANG
Penubuhan
Koperasi dianggotai oleh penduduk Kampung Pasir Panjang Laut dan
kampung-kampung yang berdekatan dengannya seperti Kampung Sungai Parit,
Kampung Teluk Penchalang dan Kampung Permatang. Kampung-kampung ini pada
masa dahulu berkeadaan agar mundur yang bergantung pada hasil getah,
kelapa dan tangkapan ikan yang pulangannya tidak seberapa.
Oleh
itu, ramai daripada anak-anak kampung bergiat menuntut ilmu dan apabila
tamat persekolahan berhijrah ke tempat lain terutamanya ke
bandar-bandar untuk berkhidmat dengan kerajaan dan swasta. Ada
diantaranya tokoh-tokoh terkenal, penjawat awam profesional dan wartawan
ternama yang sesekali pulang mengintai kemajuan kampung. Seorang
daripadanya ialah Y.A.Bhg Tun (DR) Haji Abdullah Bin Ayub iaitu mantan
Ketua Setiausaha Negara Malaysia. Ketika itu beliau bergelar Dato' Seri
yang menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia.
Dalam usahanya mencari jalan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk
kampungnya, beliau telah menganjurkan satu perjumpaan dikampungnya pada
18 Oktober 1974. Ia berkesudahan dengan tertubuhnya sebuah Koperasi yang
dikenali sebagai Koperasi Serbaguna Sedar Pasir Panjang Laut Berhad
pada 15 Mei 1975. Beliau menjadi pengerusinya dari awal sehingga kini.
Pada tahun 2009, atas nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) nama
Koperasi telah dipinda menjadi Koperasi Sedar Pasir Panjang Laut Manjung
Berhad. Tambahan perkataan "Manjung" itu adalah untuk memudahkan agensi
yang berkaitan untuk mengenalpasti di negeri mana Koperasi ini berada.
No comments:
Post a Comment